tag:blogger.com,1999:blog-60118892082374466562024-02-21T00:48:49.149-08:00Tertulis Untukku II - Miya RyuikiUnknownnoreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-6011889208237446656.post-45247946688637818232012-01-08T02:24:00.000-08:002013-01-08T07:40:14.728-08:00

Ketidaksempurnaan itu
meragut hidup bahagianya.

Dia tidak mahu disentuh
walaupun oleh suaminya sendiri.

Ingatannya hanya kepada apa yang
telah berlaku.

Tiada senyuman lagi di bibir
gadis yang dulu begitu ceria.

Dia menjadi seorang yang tidak
yakin pada diri sendiri kerana
kekurangan yang telah ditakdirkan.

BAB 1

“I merayu..Tolong lepaskan dia....” Tiba-tiba dia merendahkan tubuh, perlahan-lahan melutut di depanku. Hanya desiran angin dan daun-daun rapuh mencubit pendengaran, memberi jawapan tentang ketulusan hati.

Bisakah memutuskan semuanya sendirian sedangkan bukan hanya hidup aku seorang di dalamnya. masih ada hidup seseorang yang diri ini terlalu sayang, masih ada sebuah cinta dan hati yang setia menanti..

“I sanggup buat apa aje. Asalkan perkahwinan ni dibatalkan...” Dia masih teguh dengan keputusan yang dipilih sejak mula. Dia masih melutut dan merayu.
Genggamannya terlerai perlahan, aku tidak lagi memandang dan menyaksikan keperitan itu.

Cukuplah, segalanya sudah berakhir. Dia harus terima kerana aku juga menerima keputusan itu dengan baik.
“Dahlah, tak guna you merayu kat I, I tak ada hak nak buat keputusan dalam hal ni.....”

Pandanganku menyorot jauh ke depan, meyakini sebuah perjalanan yang masih jauh, sebuah keputusan yang abadi dan diredhai di sisi ALLAH S.W.T....

Sendu dan tangisan itu menyakitkan, tinggal hati yang tidak mahu memahami. Barangkali bukan rasa ini yang dicari, bukan juga harga diri, tetapi sebuah kenyataan dan bahagia yang telah tertulis untukku sejak azali....

#### Opps.. untuk tahu kisah selanjutnya, sila dapatkan buku ini dan nikmati cerita cinta dan ketabahan hidup Hana Heidiyana !
Unknownnoreply@blogger.com